Selasa, 24 Januari 2012

Asal-usul 3

Kebangkitan Eropah

[sunting] Latar belakang

Rencana utama: Sejarah Eropah
Ciptaan mesin cetak jenis boleh alih pada 1450-an di Jerman mendapat anugerah #1 dari 100 Tertinggi Kejadian Agung bagi Milenium oleh majalah Life. Menurut sesetengah anggaran, kurang dari 50 tahun selepas Injil pertama di cetak pada 1455, lebih dari sembilan juta buku dicetak.
Hampir kesemua tamadun pertanian dibebankan oleh persekitaran mereka. Pengeluaran kekal rendah, dan perubahan cuaca dengan mudah memulakan kitaran kembang dan kudup yang menyebabkan tamadun bangkit dan jatuh. Bagaimanapun, menjelang 1500, terdapat perubahan kualitatif dalam sejarah dunia. Kemajuan teknologi dan kemewahan yang dihasilkan dari perdagangan perlahan-lahan membawa kemungkinan yang lebih luas.
Malah sebelum abad ke-16, sesetengah tamadun telah mengembangkan masyarakat maju. Pada zaman dahulu, tempoh silam di Yunani dan Rom Kuno telah menghasilkan masyarakat yang disokong oleh ekonomi kewangan, dengan pasaran kewangan dan hak bagi harta persendirian. Institusi ini mencipta keadaan bagi penghimpunan modal berterusan, dengan peningkatan produktiviti. Menurut sesetengah anggaran, pendapatan per kapita Rom Itali, kawasan yang paling maju dalam Empayar Rom, sama bandingan dengan pendapatan per-kapita dari ekonomi paling maju pada kurun ke-18. (lihat [1]) Kawasan yang paling dibangunkan dalam tamadun klasik adalah kawasan bandar lebih maju berbanding kawasan lain di dunia sehingga awal zaman moden. Tamadun ini bagaimanapun, perlahan-lahan merosot dan roboh; dan para sejarahwan masih bertikai mengenai puncanya.
China telah membangunkan ekonomi kewangan maju menjelang 1,000 M. China mempunyai petani bebas yang tidak lagi petani cukup makan, dan mampu menjual keluaran mereka dan menyertai pasaran. Pertanian amat produktif dan masyarakat China ramai tinggal di bandar. Negara ini maju dari segi teknologi kerana ia mempunyai monopoli dalam hembusan (pertukangan besi) dan cetakan. (lihat Joseph Needham). Tetapi, selepas penyerbuan awal oleh Jurchens, pada 1279 sisa empayar Sung ditakluk oleh puak Mongol.
Dari luaran, Zaman Pembaharuan Eropah, bermula pada kurun ke-14, terdiri dari jumpaan semula sumbangan saintifik dunia klasik, dan dalam kebangkitan ekonomi dan masyarakat Eropah. Tetapi Renaissance turut menggalakkan budaya ingin tahu yang akhirnya mendorong kepada kemanusiaan, Revolusi Saintifik, dan akhirnya perubahan besar Revolusi Perindustrian. Revolusi Saintifik pada kurun ke-17, bagaimanapun tidak mempunyai kesan serta-merta pada teknologi; hanya pada separuh kedua kurun ke-18 barulah kemajuan saintifik mula digunakan bagi ciptaan pratikal.
Kelebihan yang dibangunkan negara Eropah menjelang kurun ke-18 terbahagi dua: budaya keusahawanan, dan kemewahan yang dihasilkan dari perdagangan Atlantik (termasuk perdagangan hamba Afrika). Menjelang akhir abad ke-16, perak Amerika membentuk satu per lima belanjawan keseluruhan Sepanyol.[11] Keuntungan perdagangan hamba dan perladangan Indies Barat berjumlah sehingga 5% dari ekonomi British pada masa Revolusi Perindustrian.[12] Sementara sesetengah sejarahwan memutuskan bahawa, pada 1750, produktiviti buruh di kawasan paling membangun di China masih setaraf dengan ekonomi Atlantik Eropah (lihat Wolfgang Keller and Carol Shiue), sejarahwan lain seperti Angus Maddison mendakwa bahawa produktiviti per-kapita Eropah barat menjelang akhir Zaman Pertengahan melebihi produktiviti per-kapita semua kawasan lain di dunia.[13]
Beberapa penjelasan telah dihulurkan laksana mengapa, dari lewat Zaman Pertengahan seterusnya, Eropah bangkit mengatasi tamadun lain, menjadi tanahair dari Revolusi Perindustrian, dan mendominasi dunia. Max Weber menyatakan bahawa ia berpunca dari etika kera Protesten yang menggalakkan Eropah untuk bekerja lebih keras dan lebih lama dari yang lain. Satu lagi penjelasan sosioekonomi melihat kepada demografi: Eropah, dengan klergi membujang, emigrasi kolonial, pusat urban mortaliti-tinggi, kebuluran bertempoh dan pencetusan dari Maut Hitam, peperangan berterusan, dan perkahwinan lambat umur telah lebih membebankan pertumbuhan populasi, berbanding kepada budaya Asia. Kekurangan relatif dari buruh bermakna bahawa lebihan akan dilaburkan dalam kecanggihan teknologi jimat-buruh seperti kincir air dan pengisar, pemintal dan tenun, enjin stim dan perkapalan, berbanding dari membekalkan pertumbuhan populasi.
Ramai telah menyatakan bahawa institusi Eropah adalah unggul, bahawa ekonomik hak milik dan pasar-bebas adalah lebih kuat dari tempat lain berpunca dari ideal kebebasan yang pelik kepada Eropah. Pada tahun kebelakangan ini, bagaimanapun, sarjana seperti Kenneth Pomeranz telah mencabar pandangan ini, walaupun pendekatan revisionis kepada sejarah dunia juga telah ditemu dengan kritikan kerana sistematiknya "mengurangi kepentingan" pencapaian Eropah.[14]
Geografi Eropah mungkin juga memainkan peranan penting. Timur Tengah, India dan China semuanya dikelilingi gunung tetapi, apabila halangan luar ini ditembusi, mempunyai bentuk muka bumi yang rata. Sebaliknya, Pyrenees, Alps, Pergunungan Apennine, Pergunungan Carpathian dan banjaran pergunungan yang lain merentasi Eropah, dan benua itu sendiri dibahagikan oleh beberapa laut. Ini memberikan Eropah sedikit perlindungan dari bahaya penceroboh Asia Tengah. Sebelum era senjata api, nomad ini biasanya mempunyai kelebihan ketenteraan berbanding negeri pertanian di pinggir benua Eropah dan, sekiranya mereka lepas lalu ke dataran India utara atau lembah China, hampir mustahil dihentikan. Pencerobohan ini sering kala membawa malapetaka. Zaman Kegemilangan Islam tamat dengan pencerobohan Mongol menjarah Baghdad pada 1258. India dan China melalui penjajahan berkala, dan Rusia menghabiskan beberapa kurun di bawah Penguasaan Mongol-Tatar. Eropah Tengah dan Barat, secara logistik lebih jauh dari pusat Asia Tengah, terbukti lebih selamat dari ancaman ini.
Satu lagi faktor geografi penting dalam kebangkitan Eropah adalah Laut Mediterranean, yang, selama beberapa alaf, telah berfungsi sebagai laluan utama lautan menggalakan pertukaran barang, manusia, idea, dan ciptaan.
Berbanding Eropah, kawasan tropika masih terdedah kepada penyakit tropika dan penyakit parasit manusia, melemahkan tenaga dan kesihatan manusia, haiwan dan tanaman mereka, merupakan faktor melemah masyarakat yang menghalang kemajuan.

Penguasaan pedagang

Pada kurun ke-14, Zaman Pembaharuan bermula di Eropah. Sesetengah penyelidik moden telah mempersoalkan samaada kebangkitan seni dan kemanusiaan (humanisme) membuat sebarang sumbang kepada sains, tetapi era tersebut turut melihat gabungan penting pengetahuan Arab dan Eropah. Salah satu perkembangan yang penting adalah caravel, yang menggabungkan layar lateen Arab dengan layar segi empat Eropah bagi mencipta kapal yang mampu berlayar Lautan Atlantik dengan selamat. Bersama dengan perkembangan penting dalam pelayaran, teknologi ini membenarkan Christopher Columbus untuk mengembara menyeberangi Lautan Atlantik pada 1492 dan menyeberangi ruang antara Afrika-Eurasia dan Amerika.
Ini mempunyai kesan dramatik bagi kedua benua. Orang-orang Eropah membawa bersama mereka penyakit virus yang tidak pernah ditemui oleh penduduk asli Amerika, dan sejumlah penduduk asli mati akibat wabak yang teruk. Orang-orang Eropah turut memiliki kelebihan kuda, besi dan senapang yang membantu mereka mengalahkan empayar Aztek dan Inca termasuk juga kebudayaan Amerika Utara.
Emas dan sumber dari Amerika telah dirampas dari penduduk tempatan dan dihantar ke Eropah, sementara pada masa yang sama sejumlah besar koloni Eropah mula berpindah ke Amerika. Untuk memenuhi permintaan bagi buruh di koloni baru, penduduk Afrika mula diimport sebagai hamba abdi. Tidal lama kemudian sebahagian besar Amerika terdiri daripada hamba perkauman kelas rendah yang besar. Di Afrika Barat, sejumlah negeri yang rancak membangun sepanjang persisiran, menjadi kaya dengan memperalat penduduk Afrika dalaman yang dijual sebagai hamba kepada pedagang Inggeris.
Kapal Santa Maria berlabuh di Anchor, dilukis sekitar 1628 oleh Andries van Eertvelt, menunjukkan carrack terkenal Christopher Columbus.
Perkembangan marin Eropah tidaklah mengejutkan — memandangkan bentuk geografi benua tersebut — kebanyakannya merupakan usaha negeri persisiran Atlantik: Portugis, Sepanyol, England, Perancis, dan Belanda. Empayar Portugis dan Empayar Sepanyol adalah yang penakluk yang pertama dan sumber pengaruh penting, tetapi tidak lama kemudian Inggeris, Perancis dan Belanda turut muncul bagi mula menguasai Lautan Atlantik. Dalam siri perperangan, pertempuran pada abad ke-17 dan 18, memuncak dengan Perang Napoleon, Britain muncul sebagai kuasa besar dunia pertama. Ia berkembang sebagai empayar yang melitupi dunia, mengawal, pada kemuncaknya, sekitar suku dari tanah dunia, membentuk sebagai "Empayar yang matahari tidak pernah terbenam".
Sementara itu pengembaraan Laksamana Zheng He dihentikan oleh Dinasti Ming (1368-1644), China, ditubuhkan selepas penyingkiran Mongol. Revolusi perdagangan China, kadang kala digambarkan sebagai "kapitalisme insipien," turut digugurkan. Dinasti Ming akhirnya jatuh ke tangan Manchu, yang Dinasti Qing pada awalnya melalui tempoh tenang dan mewah tetapi semakin menjadi mangsa pencerobohan Barat.
Sejurus selepas penjajahan Amerika, Eropah turut mempergunakan kelebihan teknologi mereka keatas penduduk Asia. Pada awal abad ke-19, Britain menguasai subbenua India, Mesir dan Semenanjung Malaysia; Perancis menguasai Indochina; sementara British menduduki Hindia Belanda. British turut mengambil alih beberapa kawasan yang masih didiami oleh orang Neolitik, termasuk Australia, New Zealand dan Afrika Selatan, dan, sebagaimana di Amerika, sejumlah besar koloni British mula berhijrah ke sana. Pada akhir kurunke-19, kuasa Eropah membahagi kawasan baki di Afrika.
Tempoh ini di Eropah melihat Zaman Kewarasan mendorong kepada Revolusi Saintifik, yang menukar pemahaman manusia terhadap dunia dan membolehkan berlakunya Revolusi Perindustrian, perubahan utama ekonomi dunia. Revolusi Industri bermula di Great Britain dan menggunakan kaedah baru pengeluaran — kilang, pengeluaran pukal, dan mekanisma — bagi menghasilkan pelbagai jenis barangan lebih pantas dan kurang buruh berbanding yang sebelumnya.
Semasa Revolusi Industri, ekonomi dunia mula bergantung kepada arang batu, sebagai kaedah baru pengangkutan, seperti kereta api dan kapal wap, secara berkesan mengecilkan dunia. Sementara itu, pencemaran pengilangan dan kerosakan alam sekitar, wujud semenjak jumpaan api dan permulaan tamadun, meningkat dengan banyaknya.

Kurun Kedua Puluh dan seterusnya

Abad ke-20 bermula dengan Eropah pada kemuncak kemewahan dan kuasa dan menguasai sebahagian besar dunia secara langsung melalui penubuhan koloni atau penguasaan secara tidak langsung. Kebanyakan bahagian lain dunia pula semakin dipengaruhi oleh negara Eropah: Amerika Syarikat dan Japun. Bagaimanapun, ketika kurun berlalu, sistem sejagat yang dikuasai oleh kuasa bersaing menerima tekanan hebat, dan akhirnya digantikan dengan struktur lebih lentur negeri merdeka yang diatur menurut model Barat.
Perang Dunia I, pertempuran antara Berikat (hijau) dan Kuasa Pusat (Kuning bata), mengakhiri Empayar Jerman, Empayar Austria-Hungary, Empayar Rusia dan Empayar Uthmaniyyah.
Perubahan ini dimangkin oleh perang dengan kemusnahan dan skop yang tiada bandingannya. Perang Dunia I memusnahkan banyak empayar Eropah dan monarki, dan turut melemahkan Perancis dan Britain. Mengekori selepasnya, ideologi yang kuat timbul. Revolusi Rusia 1917 mencipta negeri komunis pertama, sementara pada 1920-an dan 1930-an turut menyaksikan diktaktor fasis tentera mendapat kuasa di Itali, Jerman, Sepanyol, Jepun dan lain-lain.
Persaingan kebangsaan berterusan, memburukkan lagi gelodak ekonomi Zaman Meleset, membantu memulakan Perang Dunia II. Ditaktor tentera Eropah dan Jepun mengejar arah pengembangan empayar yang ditakdirkan untuk gagal. Kekalahan mereka membuka jalan bagi kemaraan komunis ke Erpoah Tengah, Yugoslavia, Bulgaria, Romania, Albania, China, Vietnam Utara dan Korea Utara.
Senjata nuklear digunakan terhadap Jepun pada 1945, mengakhiri Perang Dunia II dan memulakan Perang Dingin.
Selepas Perang Dunia II, pada 1945, Pertubuhan Bangsa Bersatu telah ditubuhkan dengan harapan menyelesaikan pergeseran antara negara dan menghalang perang di masa hadapan. Perperangan bagaimanapun telah meninggalkan dua negara, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, dengan kuasa utama bagi memandu hal ehwal antarabangsa. Setiap satu mencurigai yang lain dan bimbang penyebaran model ekonomi-politik saingannya. Ini mendorong kepada Perang Dingin, empat puluh tahun percanggahan antara Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan sekutu-sekutu mereka. Dengan pembangunan senjata nuklear dan perlumbaan senjata berikutnya, kesemua manusia terdedah kepada risiko perang nuklear antara dua kuasa besar. Perperangan sebegitu dilihat sebagai tidak pratikal, sebaliknya perang secara proksi dilakukan, dengan mengorbankan negara Dunia Ketiga yang tidak memiliki senjata nuklear.
Perang Dingin berlangsung sehingga abad ke-9 dalam kurun ke dua puluh, sehingga sistem komunis Soviet Union mula roboh, gagal untuk bersaing dari segi ekonomi dengan Amerika Syarikat dan Eropah barat; Negeri satelit Eropah Tengah Soviet menekan kembali kedaulatan nasional mereka, dan pada 1991 Kesatuan Soviet sendiri berpecah. Ini meninggalkan Amerika Syarikat sebagai "kuasa besar tunggal", buat masa kini yang statusnya kini dipersoalkan dengan penguasaan ekonominya mula menunjukkan kemerosotan.
Pada awal dekad selepas perang, koloni Belgium, British, Belanda, Perancis dan empayar Eropah di Afrika dan Asia memenangi kemerdekaan rasmi mereka tetapi berhadapan dengan bentuk baru neo-koloni, kemiskinan, buta huruf dan penyakit tropika endemik (asal). Kebanyakan negeri Eropah Barat dan Eropah Tengah perlahan-lahan membentuk masyarakat ekonomi dan politik, Kesatuan Eropah, yang kemudiannya berkembang ke arah timur untuk menerima negeri-negeri bekas satelit Soviet.
Penjelajahan terakhir BulanApollo 17 (1972).
Kurun ke-21 melihat perkembangan pesat dalam sains dan teknologi, dan peningkatan jangka hayat dan taraf hidup bagi ramai umat manusia. Ketika dunia membangun bepindah dari ekonomi berasaskan arang batu kepada berasaskan petroleum, teknologi pengangkutan baru, bersama kebangkitan Zaman Maklumat, mendorong kepada globalisasi. Penjelajahan angkasa mencapai sepanjang sistem suria. Struktur DNA, lakaran kehidupan sendiri, dijumpai dan genom manusia dijujukkan, pencapaian utama dalam memahami biologi manusia dan rawatan penyakit. Kadar celik huruf sejagat terus meningkat, dan jumlah kumpulan buruh dunia yang diperlukan bagi menghasilkan bekalan makanan manusia semakin menurun.
Kurun ini melihat pembangunan ancaman sejagat baru, seperti percambahan nuklear (nuclear proliferation), wabak penyakit berjangkit, masalah persekitaran semulajadi seperti kesan rumah kaca dan nyahhutan, dan kemerosotan sumber alam semulajadi. Ia turut menyaksikan kesedaran bahaya silam yang kemungkinannya menyebabkan kepupusan pukal (mass extinction) kehidupan di planet, seperti asteriod dan komet yang menghampiri bumi, letusan gunung berapi agung, dan cetusan pancaran gama. Sementara itu sepanjang hayat kebanyakan negeri terus diiringi oleh perperangan, yang mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan ekonomi, penyakit, kebuluran dan genosid. Sehingga 2008, hampir 30 konflik bersenjata berterusan tercetus dipelbagai bahagian dunia.
Dari abad ke-20 melangkah ke abad ke-21, ia menjadi semakin jelas bahawa penduduk manusia di Bumi semakin pantas mencapai kegentingan had sumber semulajadi, diburukkan lagi oleh jumlah penduduk yang meningkat, dan kemerosotan alam sekitar yang semakin buruk. Perkara yang agak penting adalah pembangunan sumber tenaga yang lebih banyak dan murah seperti variati tenaga boleh diperbaharui, dan kemungkinannya meningkatkan penggunaan tenaga nuklear dan teknologi bahan api fosil yang baru.[15]

Sekian, terima kasih. 


~Tamat~ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan