Selasa, 24 Januari 2012

Asal-usul 2

Tamadun

Negeri

Rencana utama: Negara dan Tamadun
Revolusi Pertanian pertama mendorong kepada beberapa perubahan utama. Ia membenarkan penduduk lebih padat, yang mengikut masa membentuk negeri. Terdapat beberapa takrifan bagi istilah, "negeri." Max Weber dan Norbert Elias mentakrifkan negeri sebagai organisasi manusia yang mempunyai monopoli bagi penggunaan kekerasan sah bagi kawasan geografik yang khusus.

Sempadan menetapkan negeri— contoh jelas adalah Tembok Besar China, yang merentangi lebih 6,400 km, dan pertama kali didirikan pada abad ke-3 SM bagi melindungi bahagian utara dari penceroboh nomad yang dikenali sebagai Xiongnu. Ia telah dibina semula dan diperkukuhkan beberapa kali semenjak itu.
Negeri pertama dipercayai muncul di Mesopotamia, barat Iran, Mesir Purba dan Lembah Indus pada akhir alaf ke-4 dan awal alaf ke-3 SM. Semasa Zaman Gangsa di Mesopotamia dan Iran, terdapat beberapa negeri-bandar. Mesir Purba bermula sebagai negeri tanpa bandar, tetapi kemudian membangunkannya. Negeri muncul di China pada akhir alaf ke-3 dan awal alaf ke-2 SM.
Sesebuah negeri biasanya memerlukan tentera bagi menguatkuasa kekuatan secara sah. Tentera pula memerlukan birokrat bagi mengekalkannya. Satu-satunya pengecualian kepada aturan ini kelihatannya bagi tamadun Lembah Indus, iaitu tidak terdapat bukti bagi kewujudan kuasa tentera.
Perang utama berlaku antara negara di Timur Tengah. Sekitar 1275 Sebelum Masihi, Hittite di bawah Muwatalli II dan Mesir di bawah Ramesses II menandatangani perjanjian Kadesh, perjanjian keamanan tertua dunia.[2]
Empayar mula wujud, dengan penaklukan kawasan yang diperintah oleh puak utama, sebagaimana yang berlaku di Empayar Neo-Assyria (abad ke-10 SM), Empayar Parsi Achaemenid (abad ke-6 SM), Empayar Mauryan (abad ke-4 SM), Qin dan Dinasti Han (abad ke-3 SM), dan Empayar Rom (abad ke-1 SM).
Pertembungan antara empayar termasuk yang berlaku pada abad ke-8, apabila Khalifah Islam dari Arab (memerintah dari Sepanyol hingga ke Iran) dan dinasti Tang China (yang memerintah dari Xinjiang hingga ke Korea) bertempur selama beberapa dekad bagi mengawal Asia Tengah.

Empayar daratan satu sempadan terbesar dalam sejarah adalah Empayar Mongol pada abad ke-13. Menjelang masa itu, kebanyakan orang di Eropah, Asia dan Afrika Utara merupakan sebahagian dari negara. Terdapat juga negara di Mexico dan barat Amerika Selatan. Negara mengawal semakin banyak jajahan dan penduduk dunia; kawasan "kosong" terakhir, tidak termasuk Antartika yang tidak didiami, akan dibahagikan antara negara dalam Persidangan Berlin (1884-1885).



Bandar dan perdagangan

Rencana utama: Bandar dan perdagangan
Pertanian turut mencipta, dan membenarkan penyimpanan, lebihan makanan yang mampu menyokong orang yang tidak terbabit secara langsung dalam penghasilan makanan. Pembangunan pertanian membenarkan penubuhan bandar pertama. Ini adalah pusat perdagangan, pengilangan, dan kuasa politik dengan hampir tiada keluaran pertanian mereka sendiri. Bandar menubuhkan hubungan simbiosis dengan kawasan desa sekeliling, menyerap keluaran pertanian dan sebaliknya memberikan barangan dan pelbagai tahap perlindungan tentera.
Pembangunan bandar menghasilkan secara etimologi dan juga kebangkitan tamadun itu sendiri: pertama tamadun Sumeria, di bahagian bawah Mesopotamia (3500 SM), diikuti oleh tamadun Mesir sepanjang sungai Nil (3300 SM) dan tamadun Harappan di Lembah Indus (3300 SM). Bandar besar didirikan, dengan kerumitan ekonomi dan masyarakat tahap tinggi. Setiap tamadun ini begitu berbeza sesama sendiri sehinggakan ia hampir pasti berasal secara berasingan. Ia dalam tompoh ini, dan disebabkan keperluan menguruskan bandar, hinggakan tulisan dan perdagangan meluas diperkenalkan.
Penulisan terawal yang diketahui adalah skrip kuneiform, dicipta oleh orang-orang Sumeria sejak sekitar 3000 SM. Tulisan Kuneiform bermula sebagai sistem piktograf. Melalui masa, lambang gambar dipermudahkan dan menjadi lebih abstrak. Kuneiform ditulis pada kepingan tanah liat, dari mana simbol dilukis dengan mensiang tumpul sebagai stilus. Abjad pertama digunakan pada Zaman Gangsa Pertengahan (2000-1500 SM). Darinya terbentuk abjad Phoenicia, yang digunakan bagi menulis Phoenicia. Abjad Phoenicia merupakan leluhur kebanyakan sistem tulisan yang digunakan hari ini.
Di China, masyarakat proto-bandar mungkin telah terbentuk dari 2500 SM, tetapi dinasti pertama yang dikenal pasti oleh pakar arkeologi adalah Dinasti Shang.
Pada alaf ke-2 SM melihat kewujudan tamadun di Caanan, Crete, tanah besar Yunani, dan Turki tengah.

Laluan perdagangan yang digunakan pada sekitar kurun 1 berpusat di Laluan Sutera.
Di Amerika, tamadun seperti Maya, Zapotec, Moche, dan Nazca muncul di Mesoamerika dan Peru pada hujung alaf pertama SM.
Syiling pertama di dunia diperkenalkan sekitar 625 SM di Lydia (barat Anatolia, di Turki) moden.[3]
Laluan Perdagangan muncul di timur Mediterranean pada alaf ke-4 SM. Lalaun perdagangan jarak jauh mula muncul pada alaf ke-3 SM, Kaum Sumeria di Mesopotamia berdagang dengan tamadun Harappan dari lembah Indus. Laluan Sutera antara China dan Syria mula digunakan pada alaf ke-2 SM. Bandar di Asia Tengah dan Parsi merupakan persimpangan jalan bagi laluan perdagangan ini. Makam dinastik Silla telah dijumpai di Korea, mengandungi tinggalan seperti cawan wain yang dihasilkan di Iran.[4] Tamadun Phoenicia dan Yunani mengasaskan empayar berasaskan perdagangan di lembangan Mediterranean pada alaf pertama SM.
Pada akhir alaf pertama dan awal alaf ke-2, kaum Arab menguasai laluan perdagangan di Lautan Hindi, Asia Timur, dan Sahara. Pada akhir alaf pertama, Kaum Arab dan Yahudi menguasai perdagangan di Mediterranean. Pada awal alaf ke-2, Penduduk Itali mengambil alih peranan ini, dan bandar Flanders dan Jerman merupakan pusat laluan perdagangan di Eropah Utara yang dikawal oleh Liga Hanseatik. Di semua kawasan, bandar utama berkembang di persimpangan sepanjang laluan perdagangan.

Agama dan falsafah

Falsafah dan agama baru muncul di timur dan barat, terutamanya sekitar abad ke-6 SM. Menjelang masa, pelbagai variasi agama berkembang di sekeliling dunia, dengan antara yang paling awal adalah Hindu, Buddhisme dan Jainisme di India, dan Majusi di Parsi. Agama Ibraham menjejak asal mereka kepada agama Yahudi, sekitar 1800 SM.
Di timur, tiga aliran pemikiran menguasai pemikiran China sehingga zaman moden masa kini. Ia termasuk Taoisme, Legalisme dan Konfusianisme. Tradisi Konfusianisme, yang paling berkuasa, melihat kearah moral politik dan bukannya menggunakan kuasa undang-undang tetapi ke arah kuasa dan contoh tradisi. Konfusianisme akan kemudian tersebar ke Semenanjung Korea dan Goguryeo[5] dan kepada Jepun.
Di barat, falsafah Yunani, diwakili oleh Socrates, Plato dan Aristotle, tersebar ke seluruh Eropah dan Timur Tengah pada abad ke-4 SM melalui penaklukan oleh Alexander III dari Macedon, atau lebih dikenali sebagai Alexander Agung.

Tamadun dan kawasan


Binaan semula pusat Rom semasa pemerintahan Septimius Severus, menunjukkan Colosseum dan kawasan ke selatan darinya.
Menjelang akhir abad pertama SM, Mediterranean, Sungai Ganges dan Sungai Kuning telah menjadi tapak empayar yang pemimpin masa hadapan cuba menirunya. Di India, Empayar Mauryan memerintah sebahagian besar Asia Selatan, sementara Pandyas memerintah India Selatan. Di China, Qin dan Han mengembangkan pemerintahan imperial mereka menerusi penyatuan politik, komunikasi lebih baik dan penubuhan monopoli negara oleh Maharaja Wu.
Di barat, rakyat Yunani Purba menubuhkan tamadun yang dianggap kebanyakan sejarahwan sebagai asas budaya tamadun barat moden. Beberapa abad kemudian, pada abad ke-3 SM, Rom mula mengembangkan jajahan mereka melalui penaklukan dan menubuhkan koloni. Menjelang pemerintahan Maharaja Augustus (akhir abad pertama SM, Rom mengawal keseluruhan tanah mengelilingi Mediterranean. Menjelang pemerintahan Maharaja Trajan (awal abad ke-2 M), Rom mengawal kebanyakan tanah dari England hingga ke Mesopotamia.
Empayar yang agung bergantung kepada penyerapan jajahan menggunakan tentera dan pada pembentukan pendudukan yang dipertahankan agar menjadi pusat pertanian. Keadaan yang agak aman semasa di bawah pentakbiran empayar menggalakkan perdagangan antarabangsa, paling terkemuka laluan perdagangan besar di laut Mediterranean yang telah dibangunkan semenjak Zaman Keyunanian, dan Laluan Sutera.
Empayar berhadapan dengan masaalah biasa berkait dengan mengekalkan jumlah tentera yang besar dan menyokong borokrasi pusat. Kos ini semakin membebankan petani, sementara usahawan pemilik tanah semakin mampu mengelakkan kawalan pusat dan kosnya. Tekanan orang-orang gasar di sempadan mencepatkan proses perpecahan dalaman. Empayar Han China terjerumus dalam perang saudara pada 220 M, sementara Empayar Rom yang sama semakin menjadi berpisah dan pecah belah pada masa yang sama.
Sepanjang zon iklim sederhana Eurasia, Amerika dan Afrika Utara, empayar bangkit dan jatuh secara berterusan.
Keruntuhan Empayar Rom, yang berlanjutan selama beberapa kurun selepas kurun ke-2 SM, berkebetulan dengan penyebaran Kristian ke arah barat ke Timur Tengah. Empayar Rom barat jatuh di bawah pengaruh puak Jerman pada kurun ke-5, dan ia perlahan-lahan berpecah kepada beberapa negeri yang bertempur sesama sendiri, kesemuanya berkait dalam satu cara atau lain sesama sendiri dengan Gereja Katolik Rom. Sisa bahagian Empayar Rom, di Mediterranean timur, mulai sekarang akan dikenali sebagai Empayar Byzantine. Berkurun selepasnya, persatuan terhad akan dikembalikan pada Eropah barat melalui penubuhan Empayar Rom Suci pada 962, yang terdiri dari beberapa negeri yang apa kini dikenali sebagai Jerman, Switzerland, Belgium, Itali dan Perancis.
Di China, pelbagai dinasti turut naik dan turun. Selepas kejatuhan Dinasti Han Timur dan jatuhnya Tiga Kerajaan, puak nomad dari utara mula menjajah pada abad ke-4 M, akhirnya menakluk kawasan China Utara dan menubuhkan banyak kerajaan kecil. Dinasti Sui menyatukan China pada 581, dan bawah Dinasti Tang berikutnya (618-907) China memasuki zaman keemasan kedua. Bagaimanapun Dinasti Tang turut berpecah dan selepas setengah abad kacau-bilau Dinasti Song Utara menyatukan China pada 982. Bagaimanapun tekanan dari empayar nomad di utara semakin meningkat. China Utara jatuh ke tangan Jurchen pada 1141, dan Empayar Mongol menakluk keseluruhan China pada 1279, termasuk juga hampir keseluruhan tanah besar Eurasia, kecuali tengah dan Eropah Barat, dan kebanyakan Asia Tenggara dan Jepun.
Pada tempoh ini, India utara diperintah oleh Gupta. Di India Selatan, tiga kerajaan Dravidia terkemuka muncul: Chera, Chola dan Pandya. Kestabilan yang berikutnya menyumbang kepada zaman kegemilangan kebudayaan Hindu pada abad ke-4 dan ke-5 M.

Machu Picchu, "Bandar Lenyap orang Inca," telah menjadi simbol yang paling dikenali bagi tamadun Inca.
Pada masa kini juga, di Amerika Tengah, masyarakat luas juga turut terbentuk, yang paling penting adalah Maya dan Aztek dari Mesoamerika. Ketika ibu budaya iaitu Olmeks merosot secara perlahan-lahan, negara-bandar Maya agung perlahan-lahan meningkat semakin banyak dan semakin penting, dan budaya Maya tersebar sepanjang Yucatבn dan kawasan sekeliling. Empayar Aztek berikutnya dibina atas budaya berjiranan dan dipengaruhi oleh penduduk yang ditawan seperti Toltek.
Di Amerika Selatan, antara abad ke-14 dan abad ke-15 melihat kebangkitan Inca. Empayar Inca dari Tawantinsuyu, dengan ibu negerinya di Cusco, merentasi keseluruhan Banjaran Gunung Andes. Kaum Inca adalah kaya dan maju, terkenal kerana sistem jalan Inka dan pertukangan batu yang tiada tandingannya.
  • Sehingga 1258
Islam, yang bermula pada abad ke-7 di Arab, merupakan salah satu kuasa menakjubkan dalam sejarah dunia, berkembang dari sejumlah kecil pengikut kepada menjadi asas bagi beberapa siri empayar di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia Tengah, India, Melaka dan masa kini Indonesia.
Di timur laut Afrika, Nubia dan Habsyah masih kekal kelompok Kristian sementara bahagian Afrika yang lain di utara khatulistiwa memeluk Islam. Dengan kedatangan Islam datang teknologi baru yang, buat kali pertama membenarkan perdagangan yang banyak menyeberangi Sahara. Cukai ke atas perdagangan ini membawa kemewahan kepada Afrika Utara, dan kebangkitan beberapa siri kerajaan di Sahel.
Tempoh ini dalam sejarah dunia ditanda dengan kemajuan teknologi yang perlahan tetapi berterusan, dengan pembangunan penting seperti pelana dan bajak moldboard tiba setiap beberapa kurun. Bagaimanapun di sesetengah kawasan, terdapat kemajuan teknologi yang pantas. Lebih penting lagi, adalah di kawasan Mediterranean semasa tempoh Keyunanian, apabila beratus teknologi dicipta. Tempoh sedemikian diikuti dengan tempoh kemerosotan teknologi, sebagaimana semasa kemerosotan dan kejatuhan Empayar Rom dan tempoh awal pertengahan berikutnya.
Wabak Justinian merupakan wabak yang menimpa Empayar Byzantine, termasuk ibu kotanya Constantinople, pada tahun 541542 M. Ia dianggarkan bahawa Wabak Justinian membunuh seramai hingga 100 juta manusia di seluruh dunia.[6][7] Ia menyebabkan penduduk Eropah merosot sekitar 50% antara 541 dan 700.[8] Ia juga mungkin turut menyumbang kepada kejayaan penaklukan Arab.[9][10]

Terima kasih, sila lihat catatan seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut.







 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan